Kemajuan Teknologi 5G, Adakah Malaysia Sudah Bersedia?

By nur hadi suleiman In Android, Blog No comments

Desas-desus mengenai kemasukan teknologi internet berkelajuan laju, iaitu teknologi 5G yang dikatakan sudah hampir masuk dan berjumpa dengan rakyat Malaysia. Adakah kita sudah bersedia?

Bersedia dari segi apa? Tak fahamlah.

Maksud bersedia ini merangkumi banyak benda sebenarnya, tapi mari kita cuba fokus pada satu buat masa ini iaitu kos. Adakah dengan kehadiran teknologi ini, harga untuk langganan internet akan meningkat secara mendadak dan adakah juga harga langganan bagi kelajuan internet 4g akan kekal ataupun menurun?

Disini persoalan sebenarnya, nak dikatakan rakyat Malaysia tak gembira dengan khabar angin ini macam mustahil. Siapa yang tak nak menggunakan internet yang sangat laju? Semua nak, tapi adakah kita akan mampu untuk menampung kos langganannya?

Jadi, pada yang inginkan teknologi 5G ini perlulah membuat persiapan baik dari segi fizikal mahupun mental dan yang paling penting, bagi setiap bulan cukup untuk menampung keperluan bulanan kita. Oleh itu, mari tepuk dada dan tanyalah selera masing-masing. Ukuran baju perlu dibadan sendiri tau.

Sekian…..

-Ahmad Hazwan-