AWAS! KABEL LOW QUALITY

By nur hadi suleiman In Android, Blog, iPhone No comments

KABEL PEROSAK

Walaupun fungsi wireless charging kian berkembang luas pada model-model telefon terbaru, penggunaan kabel tidak dilupuskan untuk memudahkan pengecasan dan pemindahan data melalui sambungan secara terus ke plug atau usb komputer.

Namun, dalam banyak-banyak kebaikan penggunaan kabel ini, tetap akan ada keburukannya. Definisi keburukan kabel itu adalah apabila anda menggunakan kabel yang gred bukan original atau lebih dikenali sebagai “cap ayam”.

Kabel cap ayam ini, bakal menyebabkan pelbagai masalah seperti

  1. Notifikasi “usb not supported”
  2. Pengecasan tidak stabil
  3. Gangguan sambungan apabila ingin melakukan pemindahan data ke dalam komputer
  4. Risiko bateri dan telefon untuk rosak

Elakkan penggunaan kabel “cap ayam” ini untuk menjamin jangka hayat telefon yang lebih berpanjangan