REVIU REDMI NOTE 7

By nur hadi suleiman In Android, Blog, Uncategorized No comments

HARGA TIDAK MASUK AKAL, ADAKAH IA TERLALU MURAH???

Pengeluaran model terbaharu Xiaomi pada bulan Januari yang lalu telah menggemparkan seluruh peminatXiaomi kerana model tersebut dilancarkan tapi dengan tanda harga yang tidak masuk akal, terlalu murah untuk sebuah telefon dengan spesifikasi yang hampir setanding dengan model flagship. Kita semua sedia maklum, antara model flagship keluaran xiaomi adalah Pocophone F1 dan dilancarkan dengan tanda harga RM1199.00 bagi storan ram 6GB ram dan 64GB ROM. Jadi, jika model ini hampir setaraf flagship harganya pasti agak mahal kerana spesifikasi menariknya yang akan saya ceritakan di bawah

1. Fokus pertama yang perlu dilihat pada model ini adalah, kualiti 48MP kamera belakangnya yang dicipta hampir keseluruhan hasil gambar adalah disebabkan sensor hardware kameranya yang agak baik serta mempunyai features potrait dengan bantuan lens potrait 5mp.

2. Rata-rata netizen zaman sekarang gemar kapasiti bateri yang besar untuk kurangkan kekerapan mengecas dan mampu bertahan lebih lama. Dengan 4000 mAh kapasiti bateri pasti memberi kesenangan kepada penggunanya serta port casnya, menggunakan jenis usb-C yang menyokong fungsi fast charge dan quick data transfer

3. Seperti yang kita tahu, chipset yang baik akan memberikan satu impak yang sangat baik pada prestasi telefon. Qualcomm Snapdragon 660 telah dibina di dalam Redmi Note 7 ini dan berdasarkan reviu2 pengguna Redmi Note 7 ini, prestasi telefon sangatlah baik ketika bermain PUBG, Mobile Legend dan permain-permainan video yang mempunyai grafik tinggi

4. Storan RAM dan ROM yang besar, juga menjadi salah satu faktor orang memilih Redmi Note 7 ini, terdapat dua versi storan yang dikeluarkan 4 GB RAM dan 64GB ROM serta 4GB RAM dan 128GB ROM. Ruang storan yang besar, dapat memuatkan banyak fail-fail, gambar, aplikasi dan lain-lain serta tidak perlu risau tentang amaran storan penuh

5. Sistem operasi Android terkini iaitu Android 9.0 serta UI MIUI 10 bakal memberikan kelainan daripada OS sebelum ini

Redmi Note 7 ini dijual dengan tanda harga RM799.00 bagi storan 4GB RAM/64GB ROM serta RM949 bagi storan 4GB RAM/128GB ROM serta didalam kotak tersebut disediakan kabel type-C, adapter dan casing getah. Namun, sayangnya Redmi tidak seperti model-model lain yang menyediakan screen protector dan earphone. Kekurangan ini bukan masalah besar untuk penggunanya, kerana aksesori untuk telefon model baru agak mudah untuk dicari di mana-mana kedai aksesori